Kata Alu - Aluan

Monday, April 20, 2009

Terubuk Bakar


Menu pada hari ahad. Memandangkan aku tidak kemana-mana, aku memutuskan untuk menghabiskan waktu untuk kemas bilik aku yang bersepah ( dari bulan lepas plan nak kemas bilik tapi asyik tertangguh je..hehehe) dan memasak. Pagi-pagi lagi aku dah bangun, mengikut plan yang sudah aku atur malam sebelumnya. Pertama, kemas bilik. Alih susun atur perabot. Rasa macam nak besarkan bilik je. hehehe. Dah selesai kemas bilik, mandi. Bersihkan diri yang dah berpeluh-peluh sebab kemas bilik. Dah lama tak buat keje umah sebenarnya. Dasar anak dara pemalas. hahaha (ngutuk diri sendiri). Menjamu selera dengan roti canai dan nasi lemak. Dah selesai g dapur tengok apa yang leh di masak untuk makan tengahari. Eh! ada ikan terubuk la. Bakar sedap ni. Ikan ni dah lama aku beli cuma takda masa nak masak je. Rase dah 3 minggu ikan ni dalam peti ais. Nasib ok lagi. So, hasilnya pada gambar diatas. Makan untuk 2 orang je, so ikan dan telur goreng sudah mencukupi.
Selepas makan, time to sleep. hehehe. Membesarkan badan yang sudah sedia memang kecik ni. Aktiviti cuti macam ni la. Kejap je dah petang, perut pun berbunyi je ni, mintak di isi. So, buatlah cucur ikan bilis. Melantak habis sorang. Begitulah cerita aku pada hari ahad yang lepas. Makan. makan dan makan. Kalau hari-hari begini mahu badanku menjadi chubby. hehehe..

0 comments: