Kata Alu - Aluan

Thursday, April 30, 2009

Hadapilah dengan senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
Bila ketetapan Tuhan datang, hadapilah dengan tabah, dengan senyuman agar semuanya berlalu dengan hati yang tenang dan riang. Walaupun sukar sebenarnya melalui kehidupan ini. Jangan mudah menyerah kalah. Mungkin bukan mudah memegang prinsip ini tetapi itulah yang harus dilalui setiap insan.
Lagu ini telah diberikan oleh seorang sahabat baik aku. Sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Untuk meneruskan hubungan seperti yang diharapkan. Terima kasih sahabat! Kerana sering berada di sisi aku setiap masa, walaupun kita jarang bertemu. Akan aku jadikan lagu ini sebagai sumber semangat aku.

Wednesday, April 29, 2009

Aku Hanya Menanti Kepulanganmu Sayang..


Mengapa aku buat tajuk begitu? Inilah berita yang buat aku tersenyum sepanjang minggu ni..hehehe.. buah ati dapat pulang ke Semenanjung la katakan. Hari isnin b call, cakap bos bg cuti. Maybe bos faham kot, iyela kan, tiket dh lame booking, rugi la kalau burn mcm tu je. Gembira sungguh hati ini, maklumlah nk menunggu b balik raya, lame lagi. Kali ini b cuti hampir semggu jugak. Kalaulah b tahu, bahawa tunang die ni x sabar tunggu die balik.. rase nk amik mc je sabtu ni. hahaha.. (plan jahat sudah menular dalam kepala otak aku ni).

Date kali ni pn xde plan lg. 1hb kat umah ade kenduri aqiqah, xtau b datang ke x, sabtu keje, ahad... nk date tp baru teringat sepupu b kawin. Nak date kat sni, aku xtau tempat mana yang menarik, maklumlah selama ni aku asyik turun PD je. nk g shopping complex bukan pilihan kami. Tak suka date kat shopping complex! Like budak2 skol. hahaha. Apa yang pasti x mungkin aku turun PD kali ni. Nak tau kenapa? dah 2 bulan berturut2 aku turun PD je, penat la. hehehe.

Dimanakah tempat yang menarik di Selangor? Sungguh memalukan, anak jati Selangor seperti aku tidak tahu di mana tempat yang menarik selain shopping complex. hahaha....Tolonglah aku!! Cari tempat yang menarik..... Nak g Putrajaya la..dah lame x g sana. Suka tengok building kat sana. Interesting! Tapi kena discuss dengan b dulu. Mana tau die xnk kan.

Flight b esok (30 April 2009) pagi n aku x amik b cox kne keje...... aduh! x dapat amik b lagi..
Penantian adalah satu penyeksaan................. Sayang!! miss u so much!!

Sayang : Aku terlalu rindu padamu. Berjauhan membuatkan aku bagaikan orang gila menanti kehadiranmu. Janganlah sampai aku jadi gila keranamu sayang..hehehe

Tuesday, April 28, 2009

Kekal

Kau cahaya menyinari duniaku
Kau kekal di dalam hatiku
Kau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu

Liriknya begitu mendalam. Dari dulu aku menyukai lagu ini, ini lirik yang paling aku suka. Mengapa? Lihat saja pada liriknya, fahamilah maksudnya. Bagi yang berjiwa lembut seperti aku, pasti mengerti perasaan aku. Aku bukan jiwang, cuma berjiwa romantik. hahaha.

Saturday, April 25, 2009

Tension!

Tension! Tension! Tension!



Mana nak cekau duit ni?! Dengan gaji yang x seberapa ni, apalah yang bole aku dapat. Duit oh duit...dimanakah kau duit...lalalala...(ceh! tension2 pun leh nyanyi lagi!!). Nak buat apa dengan duit? Nk kawin?? Pening pk pasal kawin ni. Semua orang disekeliling aku cite pasal persiapan majlis kawin mereka. aku? satu pn x t'pk lagi. Bukan ape, malas nk pk lg cox date pun lum ade. Lainla klu dah ade... semua aku akn pk. List aku akan wat. Tp........... cite2 org disekeliling membuatkan aku sesak.

Apakah benar impian hidup untuk berkahwin saja? Dalam situasi sekarang, kenapa ramai org kumpul duit hanya untuk berkahwin? Pelik...pelik...bukankah masih byk benda lg yg bole difikirkan selain kawin.

Inilah lumrah bagi orang yang sedang bercinta. Pasti impian untuk menuju gerbang perkahwinan. Kadang2 takut juga memikirkannya, adakah sudah bersedia dari segi zahir dan batin. Makin lama aku pk, makin cuak jadinya. Bukan mudah melalui alam perkahwinan, melalui pembacaan aku di majalah, banyak cerite mengenai perkahwinan, penceraian. takut...takut...

Petua nak kekal bahagia bersama pasangan : Mandi bersama sekurang2nya 2 kali seminggu bersama pasangan anda.( Tapi bagi yang dah kawin je tau...yang lum kawin jgn sesekali cuba aksi ni...hahaha)

Friday, April 24, 2009

Tomyam Oh Tomyam


Kerana tomyam aku boleh bergaduh dengan tunang aku. Nak tahu sebab apa?? B x bagi aku makan tomyam selalu, tapi apa boleh buat, itulah salah 1 makanan favourite aku. Boleh dikatakan seminggu sekali mesti aku makan tomyam. Dan saat itu juga b bising2 setiap kali aku masak or beli kat kedai. Sebab apa b x bagi aku makan tomyam? Pernah dulu time lunch, aku makan tomyam kt Carefour, sampai je office, aku muntah semua tomyam itu cox kepala aku pening. Dan sejak itu b x bagi aku makan. Tapi aku ni degil, makin dilarang itulah yang aku akan makan. Tapi aku pernah masak untuk b, b cakap sedap n nk lagi!!!

Thursday, April 23, 2009

Jelaskan isihatimu mengenai cinta

Cinta?? Barangkali semua orang pernah jatuh cinta. Bahkan kanak-kanak pun sudah pandai bercinta. Sekali terjebak dalam cinta. Selamanya termasuk dalam sejarah hidup diri.

Apa makna cinta pada korang??

Wednesday, April 22, 2009

Meet Old Bestfriend

Tak sangka dapat jumpe dengan ayu balik. Dulu time skol, dielah bestfriend aku. Rapat dari form 2 - form 3. Masuk form 4, dah x rapat cox dapat kelas lain-lain. Mintak course sama tapi terasing la pulak. Dulu, nak buat apa pun mesti nak sama. Bak kata ayu kembar tak seiras. Ingat lagi, petang2 mesti ronda-ronda n lepak kat taman permainan Puncak Alam. Kalau x motor die, motor aku. Beg skol pun sama, cuma color je lain. Kelakar je kalau ingat balik. Time kat Unisel pun sama gak tapi course lain. Bila dah bekerja ni baru dapat jumpe n rapat balik. Macamane? Ayu buka friendster aku, dari situlah pertemuan bermula. Hari2 kitaorg online msn, bertukar-tukar cerita. Macam2. Perkara yang lepas pun cerita balik. Bila teringat balik, ketawa sendiri. hahhaha.......

Tuesday, April 21, 2009

Aku Dilanda Kebosanan

Bosan sungguh arini. Aku x sabar tunggu 5.30pm. Bosan pulak keje arini. Keje x byk la katakan. Curi tulang je lbh. hahaha. Perut pu dh berbunyi ni. Nak aje amik megi kat pantry tp takut plak. hahaha. Sudahnya aku menahan perut yang lapo ni..sedihnye.
Apa yang pasti, hari ini aku bosan sangat2 keje. Taktau nape. Maybe keje x byk kot.

Monday, April 20, 2009

Erti Sebuah Cinta

Masihkah ada ruang untuk kita bersatu?

Jelaskan padaku, apakah erti CINTA yang sebenarnya?

Terubuk Bakar


Menu pada hari ahad. Memandangkan aku tidak kemana-mana, aku memutuskan untuk menghabiskan waktu untuk kemas bilik aku yang bersepah ( dari bulan lepas plan nak kemas bilik tapi asyik tertangguh je..hehehe) dan memasak. Pagi-pagi lagi aku dah bangun, mengikut plan yang sudah aku atur malam sebelumnya. Pertama, kemas bilik. Alih susun atur perabot. Rasa macam nak besarkan bilik je. hehehe. Dah selesai kemas bilik, mandi. Bersihkan diri yang dah berpeluh-peluh sebab kemas bilik. Dah lama tak buat keje umah sebenarnya. Dasar anak dara pemalas. hahaha (ngutuk diri sendiri). Menjamu selera dengan roti canai dan nasi lemak. Dah selesai g dapur tengok apa yang leh di masak untuk makan tengahari. Eh! ada ikan terubuk la. Bakar sedap ni. Ikan ni dah lama aku beli cuma takda masa nak masak je. Rase dah 3 minggu ikan ni dalam peti ais. Nasib ok lagi. So, hasilnya pada gambar diatas. Makan untuk 2 orang je, so ikan dan telur goreng sudah mencukupi.
Selepas makan, time to sleep. hehehe. Membesarkan badan yang sudah sedia memang kecik ni. Aktiviti cuti macam ni la. Kejap je dah petang, perut pun berbunyi je ni, mintak di isi. So, buatlah cucur ikan bilis. Melantak habis sorang. Begitulah cerita aku pada hari ahad yang lepas. Makan. makan dan makan. Kalau hari-hari begini mahu badanku menjadi chubby. hehehe..

Erti Sebuah Pergorbanan

Pengorbanan. Apa makna sebenar pengorbanan? Perlukah diungkit? Perlukah pengorbanan itu diungkit demi menghargai seseorang? Perlukah diutarakan soal pengorbanan bila tercetusnya perang-perang kecil antara kau dan aku?
Dimanakah erti sebuah kepercayaan? Dimanakah erti sebuah keyakinan? Mengapa harus ini yang terjadi? Perlukah kau mengungkit akan perkara yang pernah berlaku dahulu? Inikah yang dinamakan sebuah cinta? Cinta yang memerlukan pengorbanan yang besar?
Tolonglah, bantulah aku demi mencari erti sebuah cinta dan pengorbanan. Aku sudah tidak sanggup melalui jalan yang berliku-liku. Cinta perlukan pengorbanan kecil mahupun besar. Cinta sentiasa saling memerlukan. Cinta tidak mampu berdiri dengan sendiri. Umpama kapal yang tiada kapten untuk dikemudi. Cinta memerlukan dua hati yang bersatu untuk terus perjuangkan cinta.
YA ALLAH YA TUHANKU, KAU TABAHKANLAH HATIKU, KAU KUATKAN SEMANGATKU UNTUK MENGHADAPI SEGALA DUGAANMU. JIKA INI JALAN YANG TELAH KAU BERIKAN KEPADAKU, AKU PERCAYA KAU HANYA UNTUK MENGUJI KEIMANANKU, KEKUATANKU DAN AKU REDHA DENGAN APA YANG TELAH KAU BERIKAN.

Saturday, April 18, 2009

Impian Sebuah Perkahwinan

Cerita mengenai sebuah perkahwinan. Adakah aku benar-benar bersedia menghadapinya? Adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang sempurna di mata suami? Pasti semua insan akan mengalami semua ini. Berkahwin dengan orang yang dicintai, akan tetapi bersediakah kita menghadapinya? Perkahwinan adalah impian setiap insan yang lahir didunia ini. Begitu jua aku, mengimpikan sebuah perkahwinan. Orang di sekelilingku sering bercerita impian perkahwinan sehingga menyesakkan otakku. Benarkah membuat persiapan itu rumit? Bagiku biarlah majlis perkahwinan itu simple tetapi meriah. Aku tidak mahu bermegah. Aku tidak mahu menanggung hutang selepas kahwin. Biarlah yang temampu.
Aku dan b sedang giat mengumpul wang. Kami bersama-sama mencari rezeki. B sanggup bekerja di seberang Laut China Selatan demi mencari rezeki dan masa depan yang cerah. B telah berkorban segalanya buatku. Tidak akan kulupakan segala pengorbanan b terhadap aku. Aku akan menunggu nya biar lama mana pun. Biarpun sanggup berkorban masa untuk tidak bertemu sekalipun disebabkan jauh.
Impian perkahwinan kami, biar simple tetapi meriah. Kemungkinan besar kami hanya membuat satu majlis sahaja. Bagiku, itu sudah cukup memadai.

Friday, April 17, 2009

Kenangan Di Unisel


Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang sukar diungkapkan sewaktu di UNISEL. Kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Akhirnya, aku berjaya jua mendapat segulung diploma, walaupun sebenarnya impian aku lebih dari itu. Mungkin belum rezekiku untuk mendapat segulung ijazah lagi. Akan ku cuba untuk memperbaiki hidup ini. Demi masa depan, demi kehidupan yang lebih stabil.

Geram, Sakit Hati..

'Dunia ni terbuka luas, jadi suka ati la nk wt pe pun, suka ati nak mkn pe pun, suka ati nak berkawan dgn sape pun, terpulangla'

Tak mungkin aku lupakan mesej ini. Kenapa? Hanya aku sendiri yang mengerti, hanya aku saja yang tahu. Sakit hati ini membaca mesej sebegitu, tidak pernah dia berfikir sedikit tentang hatiku? Masih belum ada keyakinan, kepercayaan kah padaku? Siapakah aku dihatinya?

Terkongkong...Tersekat...Terhad..

Tell me what if happen to u..what action u take if your situation same like me??
Terkongkong, tersekat, terhad..........................
Tidak pernah ku sangka, niatku yang baik ini, disalah ertikan..Salahkah aku bertemu sahabat baikku sendiri? Salahkah aku? Mengapa begitu sekali tanggapannya padaku? Tidak layakkah aku menjalani kehidupan ini?
Pasti tertanya-tanya mengapa bukan? Seperti sukar untuk aku ungkapan perasaan yang aku alami ini. Satu perasaan yang bercampur-baur. Semua menjadi satu. Geram, sakit hati.
Aku berhak membuat apa yang aku suka. Aku berhak memilih kehidupan aku. Aku berhak membuat keputusan aku sendiri. Tidak pernahkah dia berfikir tentang perasaan aku. Seperti bait-bait lagu Seventeen ini..
Selalu Mengalah
Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini…
Pertengakaran yang terjadi
Seperti semua salahku
Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernah kah
Kau berfikir sedikit tentang hatiku
Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

Thursday, April 16, 2009

Previous My Engagement Day

Antara Kau Dan Aku, Kini Telah Mengikat Ikatan Pra-Perkahwinan

Telah Sah Menjadi Tunangan Orang

Rombongan Dari Pihak Lelaki

Salam Tanda Ku Terima

Sewaktu Cincin Disarung Ke Jari Manisku

Hantaran Dari Hafiiz

Hantaran dari Faeza

28hb Disember 2008, hari yang menyatukan kita untuk bergelar tunang. Walaupun aku tidak mencukupi masa untuk membuat persiapan, aku mahu semuanya sempurna. Tiada cacat celanya. mengimbas kenangan lalu, tepat pukul 3, aku telah sah menjadi tunang kepada Mohd Hafiz B. Wan Ismail.Tidak tergambar di dalam hati ini. Pasti semuanya bercampur baur. persiapan yang hanya mengambil masa 3 minggu nampak sempurna dengan hantaran yang begitu ringkas dan simple. Biarkan nampak simple, kehadiran tetamu yang begitu ramai, membuatkan majlis bertambah meriah dan ceria.

Kini sudah hampir 4 bulan aku menjalani alam pertunangan. Benarlah alam pertunangan banyak dugaannya. Aku sentiasa berdoa agar ikatan ini berakhir dengan sebuah perkahwinan.

Tuesday, April 14, 2009

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Halangan & Rintangan


Bagi anda yang pernah dilamun cinta, pasti ada sahaja halangan dan rintangan yang datang dalam perhubungan kalian. Usah bimbang, dugaan datang dari Allah hanya untuk menguji kekuatan, ketabahan kita sebagai manusia biasa. Hanya yang tabah mampu mengharungi dengan tenang dan sabar. Bagi yang tidak kuat menghadapinya, mungkin akan gagal mengatasi dugaan yang datang.

Seperti aku, hubungan cinta jarak jauh bukanlah mudah seperti yang disangka. Keyakinan, kepercayaan, kejujuran perlu ada dalam setiap diri masing-masing. Setiap orang didatangkan dugaan dengan pelbagai bentuk, rupa dan cara. Jangan mudah mengalah pada keadaan. Jangan mudah menangisi keadaan. Dugaan yang datang ada hikmah disebaliknya. Kebaikan atau keburukan hanya kita yang mengharunginya. Jangan dipersoalkan ujian Allah kepada kita.

Semua orang mengharapkan kebahagiaan, kegembiraan tetapi adakah anda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan? Sebarang kemungkinan yang tidak dijangka? Pasti tidak bukan? Sebenarnya dalam hidup kita, kita haruslah bersedia menghadapi kehidupan ini. Jangan bertindak terburu-buru. Hidup ini kita yang tentukan. Bila membuat keputusan, biarlah muktamad dan jangan menyesali atas keputusan yang telah dibuat. Sekali kita membuat keputusan, ia mengubah segalanya.

Hadapilah dugaan yang datang dengan tabah dan kuatkan semangat. Apapun yang terjadi, ingatlah yang satu, Allah sentiasa berada disisi kita.

New Born....

Nur Afina Dania



Yes!! semalam aku dapat anak buah baru lagi. kakak aku sudah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1kg. rupa-rupanya akulah orang terakhir yang mendapat khabar berita ini. kenapa?? sebab aku dah tukar no hp, lupa nak inform kat kakak. mesti pelik kan? aku mempunyai kakak kembar yang bernama Norli dan Norlia. yang bersalin ni kak norli. yang kelakarnya, die sebenarnya tidak tahu yang dia pregnant! time aku bertunang baru dia tahu, sudah pregnant 6 bulan! nak tahu anak buah aku ada bepe orang? haziq izzuddin, muhammad hazim & muhammad hazmi (anak kakak), nurul ain karmila & nurul auni kamilia (anak abang), nur ain, nur aina & baby baru (lum bagi nama) (anak kakak norli) & almas syauqina (anak abang), so ada 9 orang semuanya. ramai gak ni! anak aku bila?? hahaha....

hari ini kakak kuar hospital agaknya. aku tak sempat g hospital cox keje n time melawat pun singkat. lgpn kat Hospital Sg. Buloh. tunggu kakak balik je la nampaknya. bertambah besar family aku. adik beradik je 5 orang tapi macam ada 2 orang je. why?? sebab jarang jumpa and bila ade function je semua balik. jarang dapat berkumpul 1 family. bila aku dah kawin nanti tak tau la macamana keadaannya. kemungkinan besar, jika b tak dapat pindah semenanjung, aku kena ikut die dok kat sarawak. sanggup ke aku? sudahlah tidak pernah berjauhan dengan family dalam masa yang lama. tapi jika sudah tertulis rezeki b di sana, aku tetap akan mengikutnya.

Monday, April 13, 2009

aku & b berjauhan lagi.....


b dah balik sarawak. tinggal aku keseorangan disini. meniti kehidupan nan satu......

sekarang kene kerja keras kumpul duit nak kawin.. biar simple janji meriah... perancangan masih dalam fikiran. theme wedding semua dah ade dalam kepala otak aku. hantaran pun sama, cuma belah b je aku belum fikirkan..rasanya terlalu awal untuk membuat perancangan kawin ni. so, aku taknak sesakkan fikiran mengenai persiapan dan perancangan kawin. cuma aku dan b nak kumpul duit. bila semua dah ada baru boleh fikir mengenainya. taknak tergesa-gesa cox kawin bukan perkara main-main. lagipun aku n b lum g kursus kawin lg. mengikut plan bulan 5 ni tapi dah cancel cox b tak cuti, cuti dah banyak pakai. tak kesahlah kursus bila-bila pun.

pada sesiapa yang pernah bercinta jarak jauh, mesti mempunyai perasaan yang sama dengan aku. bukan senang tau. hati kena kuat. kena percaya, yakin pada pasangan. kena jaga hubungan tu. jauh tidak bermakna tak boleh berhubung. zaman kan dah canggih. hp kan ade. setiap masa boleh call, melainkan busy. kerja kn..normal la tu.

apa aku nak buat? date? b jauh... so, life aku hanyalah kerja, kerja dan kerja. date tunggu b balik sini. kehidupan aku berjalan seperti biasa. siang keje, malam dok umah, main msg dgn b and tido..begitulah hari-hari.

b sentiasa ada di sisi aku, walaupun die jauh..tak pernah sedikit pun aku merasa b jauh dari aku. cuma bezanya kami jarang berjumpa. b sentiasa jaga aku, amik berat tentang aku. aku bahagia dengan b.

Perjalananku....

Tepat pukul 1, aku terus turn off pc and chow. cayalah! aku taknak tunggu-tunggu lagi. isi minyak kejap and make up sikit supaya tak nampak penat bekerja. hehehe. aku mulakan perjalanan dari setia alam, senang sikit, tak perlu bersesak dengan traffic jam yang aku tak suka. dari setia alam aku exit bukit raja, masuk sekyen 7 then keluar highway, then masuk highway balik.. aku teruskan perjalanan dari batu 3 terus ke sepang. sebaik sampai kat tempat yang dijanjikan, b tak sampai lagi. hampir setengah jam juga aku menunggu. sekurang-kurangnya boleh berehat sebentar. perut pun dah berbunyi minta di isi. akhirnya b sampai, then kami teruskan perjalanan menuju ke Port Dickson. b follow dari belakang.
dah sampai umah b....penatnya tak terkata. rehat sekejap passtu isi perut. lapar. hihihi. lauk dah sedia terhidang. cukup membuka selera. ikan apa ntah namanya. aku pun tak tahu. hehehe. mak b masak sambal. sambal dia memang sedap. dah kenyang perut aku yang lapar ni. hari ni punye plan nak g kubur ayah. so, aku g dengan b. balik dari kubur, g pasar malam kat batu 4. nak cari bahan untuk masak tomyam. mengikut plan yang aku sudah tulis di blog yang lepas. cari daun limau purut punyalah susah. kat pasar pun takde, so cancel nk masak malam ni.
malam ni aku and b jumpe fiza and ajoe. lame jugak la. penat giler aku. sampai pukul 1. sembang punye sembang tak sedar dah pukul 1. hehehe. sibuk cite pasal keje. macam-macam lagilah.
hari ahad, 12hb apr 2009. b macam x layan aku je. aku tanya die kenapa, die suruh fikir. puas aku fikir, dari balik malam tadi b buat dek je dengan aku. pelikla aku. g market pun die jalan menonong je, tinggalkan aku. sakit je ati. korek punye korek, rupanya b terasa hati cox aku menjatuhkan dia bile bersembang dengan ajo n fiza. aku tak terniat pun macam tu. patut pn die tak layan aku. aku masak pun die tak cakap pape.
petang g gunting rambut b n amik along dari keje. sementara tunggu along, sempat jugak kitaorg g kubur, tapi aku dok dalam kete je cox tak pakai tudung. tgk dari jauh je. hujan lebat seperti memahami hati kami yang sedang gundah gulana. aku dgn b masih tak ngam lagi time tu. dah kete pun bertekak la jugak. aku lebih banyak mendiamkan diri. karang aku bersuara, lagi bertambah pulak......
pukul 4 sampai umah b...berkemas apa yang patut....kelam kabut gak cox flight b pukul 7. kena ada 2 jam lebih awal. suasana sedih mengiringi pemergian kami. aku tahu b berat hati nak tinggalkan family. tapi nak buat macamane, demi masa depan. kerjaya perlu dijaga jugak...aku jua turut menitiskan airmata.
perjalanan ke LCCT diiringi dgn hujan lebat sepanjang jalan, dan airmata aku turut mengalir seperti hujan yang membasahi pipi. b pun begitu jua!!
sebak hati ini, tapi aku tahu aku perlu kuat menjalani kehidupan ini. apapun yang terjadi kehidupan mesti diteruskan. kami telah berbincang, perkahwinan kami akan ditangguhkan demi menghormati ayah...... aku akan tetap menunggu b.......
kepulanganku bersama hujan lebat sepanjang jalan, seperti memahami gelojak di hati ini..
semoga hubugan aku dengan b sentiasa mekar bak bunga di taman. semoga kami tabah menjalani dugaan di alam pertunangan.......sayang...ku tetap mencintaimu walau apapun keadaan mu...

Saturday, April 11, 2009

Akhirnya!!! Sabtu Kunjung Tiba...

Yes! hari yang aku tunggu tiba. walaupun kena keje arini, aku happy cox the day i'm waiting is coming!! betul ke english aku ni? hehehe.. never mind la..hari ni pukul 1 je, aku trus turn off pc and chow.. i want going back to Port Dickson today!! but driving alone.
well, my plan today, sampai je umah b, rehat and makan...hahaha...penting untuk tenaga tu, then petang nak g kubur dengan b, ziarah kubur ayah b. aku tak sempat g time dikebumikan.
but date kali ni dont have any plan. maybe just dok umah je. but still it's ok for me, cox dapat luangkan masa dengan b....
aku tengah plan nak masak untuk b. dah setahun lebih couple and engage pun aku tak pernah masak untuk b. dasyat betul!!!. aku ingat nak masak tomyam nanti. so, kena fikir bahan-bahannya ni.....ayam paling utama, serai, pes tomyam, air, bunga kobis, garam, fishball and fishcake (aku suke letak benda ni)... carrot jangan lupe, elok untuk mata ni. nanti ajak b g beli bahan. kalau menjadi la plan aku masak untuk b ni....hehehhe..
highway mana aku nk ikut hari ni ye? klu ikut bukit raja, kne tol 60 sen pastu sg rasah rm1 plak, kne masuk higyway exit sepang dah rm5.50, so totally dh rm7.10.. klu ikut bukit jelutong trus exit sepang baru rm6.20. pening-pening. rasenye ikut jalan dalam la. elak tol rm1. save cost....hahaha..
okla...dah x sabar tunggu pukul 1 sebenarnya ni...hehehe...

Tuesday, April 07, 2009

waktu yang aku tunggu...

begitu lama rasanya aku menantikan hari sabtu ni. aku tak sabar nk jumpe b!! pas keje aku akan terus drive ke PD, tp b kta die nk tunggu aku kt Sepang. Selalunya macam tu la, b akan tunggu kat shell, Sepang. lambatnya aku rasakan. tapi ahad ni b dh nk terbang... tak tahu b balik bile, balik cuti raya je la agaknya. Tapi raya lame lg......
skrg ni aku dh kurang msg dgn b disebabkan kesibukan b menguruskan hal arwah ayah. nak amik report pn kene tunggu 6 bulan. susah kan macam tu. pasni aku tolong bayarkan kete b, nak pakai kete b, tp dh lupe bawak manual..hehehe..cox dah ari2 bawak auto kn. dah kawin nanti, kenalah aku belajar balik bawak manual nmpknya.
aku ni asyik mengira waktu je.... rindu sangat kat b!!!!

Monday, April 06, 2009

dapatkan aku fahami b??

minggu ni b bz sangat. kdg2 x sempat pn nk msg aku. aku? mestilah bosan. tp kenalah fhm keadaan die mcmane. patutnye 4hb april aku trun PD tp x jd trun disebabkn umah aku pn ade function. kakak belanja makan 1 family tp kak zah n abg lan je yg xde. aku x bepe suke kak zah (kakak ipar aku yang ngok...hahaha..jahatnye aku). berbalik cite b td, b mmg bz uruskan semua hal. kesian kat b, die kne wat semua, maklumlah anak lelaki tunggal. jumaat lepas, b g bank kuarkan semua duit smpnan ayah, pastu g solat jumaat. pas blik solat, bwk mak g bank plak..bukak akaun baru katanye, untuk masukkan duit ayah. b ckp ramai org indon bukak akaun, cian b kne tggu lame. dh settled bukak akuan, b blik umah kt bandar sunggala plak. kesibukan b lum terhenti lg, sebaik sampai je die trus g surau, nk tolong org surau untuk kenduri tahlil pada malam tu. mmg die x sempat msg aku pn. aku blik anta msg pn, b x reply. sedih gak cox terasa mcm xde org care aku.
hari sabtu b masih bz lg.....kali ni kne ulang alik anta barang dr umah bandar sunggala ke umah kastam plak. pastu makcik b mintak antakn balik kt senawang. simpati aku dgn nasib b, die kte penat sgt. tp ape aku leh wat....hanya mampu sruh die berhati2 je n jgn kelam kabut. nasib mlm tu xde kenduri tahlil cox kat umah bandar sunggala xde air. jumaat depan br ade, wat kat surau b ckp.
setelah ape yang aku lalui ini, aku sedar bkn aku seorg saja yg perlukan b. family b pn perlukan b jugak. skrg b dh jd ketua keluarga, aku mesti atau wajib faham die. walaupn aku kdg2 sukar terima kesibukan die. mlm td aku bengang jugak kt b, die ckp nk g tmpt keje lame, nk suruh betulkan paip, igtkn kejap je rupenye smpai pkul 1 pg. aku msg dgn die pn smpai tertido cox penat sgt (siang aku g pasar batu 3,s.alam..mane x penatnye). dalam aku tertido tu, aku mimpi b. smpai berpeluh jugakla aku sedangkn kipas terpasang je. trus aku call b, rupenye die masih melepak lg. aduh! sakit ati ni plak rasenye. dlm keadaan mcm ni pn die bole melepak. klu pk positive maybe b nk cri ketenangan. tp aku x ske la klu lepak smpai pukul 1 pg. then...aku pn tdo blik. bangun pagi tgk ade 1 missed call n 2 msg received. b mintak maaf!!.
persoalan skrg, bolehkah aku fahami b skrg ni???
ahad ni b dh balik sarawak...cuti bulan 5 ni pn b dh cancel kn walaupn tiket dh booking n dh byr pn! aku pn aku kne cancel kursus kawin yang aku dh booking tu!!! demi menghormati ayah b, aku relakan semua ini........

Friday, April 03, 2009

Sukarnya ungkapkan perasaan ini

02.04.08. 8.20 a.m. ayah b menghembuskan nafas terakhirnya. setelah hampir 2 minggu bertarung dengan nyawa di ward icu, hospital seremban. ajalnya telah sampai. aku pasrah dan redha.
kini, aku harus memberi semagat kepada tunangku. aku harus kuat supaya dia mampu meneruskan hidupnya. walaupun aku sedar aku tidaklah begitu kuat untuk hadapi semua ini. entah mengapa, setiap kali aku mendengar suaranya, airmataku ini tidak dapat menahan sebak. ku tahu apa yang b rasakan. aku punyai perasaan yang sama dengannya.
masih terbayang-bayang belaian ayah b ke rambut dan mukaku saat aku menjenguknya di hospital 2 minggu lepas. masih hangat genggaman tangannya. aku tidak mungkin melupakannya.
sayangnya, ayah b tidak dapat melihat kita diijabkabulkan nanti sayang. Allah lebih menyayanginya. kita yang hidup ini harus teruskan hidup. aku akan terus bersama tunang aku walau macamana keadaan b.
aku akan terus perjuangkan hidup ini demi b, family aku dan family b. aku mesti bagi semangat kat b.
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ayah. Al-Fatihah. Amin.

Bila Rindu

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Wednesday, April 01, 2009

usah kau pergi cinta...

cinta.....
khidmatmu masih diperlukan lagi..
walau jauh mana pun kau berada..
cinta sentiasa menemani mu sayang...

cinta....
mungkin mudah untuk melafazkan...
tetapi untuk menunjukkan rasa cinta itu bukanlah mudah...

sayang...
ku harapkan cinta kita akan bersatu seperti yang kita janjikan..
jangan kau mudah terpengaruh dengan janji dunia...
kerana hanya kau yang kuharapkan untuk menjadi raja di hati ini..

sayang...
setiap detik ku menanti..
setiap detik ku kira...
setiap detik ku akan menunggumu...
untuk menyatakan hasratku betapa ku cinta padamu...