Kata Alu - Aluan

Saturday, April 18, 2009

Impian Sebuah Perkahwinan

Cerita mengenai sebuah perkahwinan. Adakah aku benar-benar bersedia menghadapinya? Adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang sempurna di mata suami? Pasti semua insan akan mengalami semua ini. Berkahwin dengan orang yang dicintai, akan tetapi bersediakah kita menghadapinya? Perkahwinan adalah impian setiap insan yang lahir didunia ini. Begitu jua aku, mengimpikan sebuah perkahwinan. Orang di sekelilingku sering bercerita impian perkahwinan sehingga menyesakkan otakku. Benarkah membuat persiapan itu rumit? Bagiku biarlah majlis perkahwinan itu simple tetapi meriah. Aku tidak mahu bermegah. Aku tidak mahu menanggung hutang selepas kahwin. Biarlah yang temampu.
Aku dan b sedang giat mengumpul wang. Kami bersama-sama mencari rezeki. B sanggup bekerja di seberang Laut China Selatan demi mencari rezeki dan masa depan yang cerah. B telah berkorban segalanya buatku. Tidak akan kulupakan segala pengorbanan b terhadap aku. Aku akan menunggu nya biar lama mana pun. Biarpun sanggup berkorban masa untuk tidak bertemu sekalipun disebabkan jauh.
Impian perkahwinan kami, biar simple tetapi meriah. Kemungkinan besar kami hanya membuat satu majlis sahaja. Bagiku, itu sudah cukup memadai.

0 comments: