Kata Alu - Aluan

Thursday, May 14, 2009

Ke'busy'an yang melampau!!

15 May 2009, genap 3 bulan aku berada di Julik Engineering Sdn Bhd. Dan 3 bulan juga aku sudah meninggalkan Yung Kong Galvanising Industries Berhad. Rindunya pada suasana kerja lama, rindu pada kawan-kawan office. Miss so much. Tidak seperti di sini, hanya aku keseorangan melayu, no friend, only msn with ayu all the time. Sometimes, msn with eida and roy.
Bila berada di sini, kadang-kadang aku merasakan keputusan yang aku buat dengan berhenti di tempat lama adalah 1 kesilapan yang besar. Mengapa? Baru aku berfikir, gaji yang banyak, tidak semestinya kita enjoy dalam melakukan sesuatu kerja. Persekitaran kerja itu amat penting. Berhadapan dengan orang sekeliling yang bukannya bangsa kita bukanlah mudah. Lagi-lagi bebanan kerja yang bertimbun.
Kerja sekarang terlalu berbeza dengan kerja dulu. Bayangkan only 2 person yang handle kerja office. Dengan cleaner yang tiada. Oh... terpaksa dengan rela aku melakukan semua itu. Disini, lebih banyak yang aku belajar dan berdikari. Tidak bergantung kepada orang lain. Aku akan belajar untuk menyukai kerja ini.
Ke'busy'an yang melampau kadangkala membuatkan aku terlalu penat dan stress, terasa mahu cepat saja hari cuti. Namun, masih banyak lagi yang mahu aku pelajari di sini. Mana tahu suatu hari nanti aku akan membuka 1 company kan. Sekurang-kurangnya, sudah ada pengalaman nak manage. Doakan lah ye, aku boleh setup 1 company. hehehe. amin. Memang aku punyai cita-cita nak jadi ahli perniagaan dari dulu, cuma belum masa lagi untuk aku ceburi bidang ini.

0 comments: