Kata Alu - Aluan

Monday, May 11, 2009

2 Days Holiday.....

2 hari cuti yang membosankan badan, otak dan mata aku. hahaha. Dah lama tak cuti sebegini, 2 hari berderat2. Maklumlah hari sabtu pun keje jugak. Nak tahu apa aktiviti kali ini? Tanpa dating, tanpa b di sisi keje aku hanyalah di rumah, jika keluar pun hanya dengan family.. Ikuti perjalanan cuti aku kali ini.....

Sabtu
8.30 a.m
Bangun pagi, itupun setelah dikejut oleh mak, kalau tidak masih lena diulit mimpi di kamar beradu.

9.30 a.m
Patutlah aku dikejutkan, mak suruh g repair kereta aku yang memang cari pasal time baru gaji ini. hahaha. So, bergeraklah aku selaku driver kepada mak hari ini. Sampai kat Meru, cari kedai aksesori. Apa ke malang sangat pagi2 ni, semua kedai belum buka lagi. Dalam fikiran mungkin cuti sempena Wesak Day. So, ronda2 lah mencari kedai. Luckly, ada 1 kedai buka. Rezeki cina tu arini. Tanya2 apa yang rosak, rupaya volume radio yang rosak. Hai radio... buat hal pulak ko kan. Actually, sudah 2 minggu radio aku rosak, last2 dalam kereta sambil drive aku yang jadi radio. Tanya punye tanya ka apek tu, sudahnya tukar lah radio baru. Nak tahu bepe harganye?? RM320. Mahal jugak tapi sebab nak brand and tahan lame beli jugaklah. Siap ada mp3 & remote control lagi. Canggih tak radio baru aku? Terlupa nak amik pict la. Ha.. lagi 1 problem kereta aku ni,lepas tukar minyak hitam kat 1 kedai ni, minyak asyik kuar je. Tak tahulah kenapa pulak, so tanyelah apek tu lagi apa problem. Sudahnya tank minyak hitam tu atas bawah bocor! Teruk kan kereta. Nak ganti pun amik masa setengah hari. Disebabkan kesuntukan masa, tak jadi repair hari ini. Just tukar radio saja.

11.30 a.m
Selesai pasang radio, mak ajak g Sanyung kat Klang. Ini adalah kedai jualan langsung, jualan melalui catalog. Nak barang kena order dulu. Yang bestnye, dealer dapat best price. Last2 aku sangkut dengan gelang kristal yang berwarna dark purple. Terlupa nak amik pict lagi.. maaf ya!

12.00p p.m
Kali ini destinasi ke Salun Kecantikan. Mak nak beli barang. Aku pun pergilah tinjau2 kedai baju kat bawah, sementara mak ke salun. Hai.. sangkut lagi aku. Kali ini dengan baju berwarna pink pula. Memang sweet cox ade reben! Harganya cuma rm23.90 saja. Duit tengah paras hidung pun aku leh shopping lagi. Dasyat2..

12.30 p.m
Makan time. Dah tengahari, so makan kat luar saja. Konon2 plan nak masak tomyam kat umah, sudahnya nasi goreng ayam menjadi menu tengahari aku. Boleh tahan jugak rasenya. Dah kenyang, terus pulang ke rumah.....

2.00 p.m
Tido time. hahaha. cuti kalau x tido memang tak sah.

5.30 p.m
So bored! Ape yang aku buat? Menyapu sampah di luar rumah. Aura apa yang datang ntah membuatkan aku menjadi seorang yang rajin. Sudahnya, 1 laman bersih! Sukses!

8.00 p.m
Makan kat Jeram. Ala2 muara gitu. Mak ai, macam g mana je makan kat situ. Ramainya umat manusia. Mengalahkan hotel sudah. Nak kata makannya sedap sangat tidaklah jugak. Dahlah tunggu lame. hampir 1 jam. And makananya semua dah sejuk. Cukup tidak membuka selera aku. Apa menunya? kerang bakar, sotong bakar, kerapu masak masam manis, siakap stim, tomyam seafood, udang goreng tepung, kailan ikan masin dan others. Tapi semuanya sampai 1 1, so... bayangkanlah........

Abis 1 hari dengan aktiviti itu semua...

Ahad,
Tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan tengok tv, makan and tido.......

Begitulah aktiviti cuti aku pada kali ini. Nak date, orang tersayang berada diseberang lautan, sudahnya date di hp saja........

0 comments: