Kata Alu - Aluan

Wednesday, May 06, 2009

Alkisahnya...Hidup Dulu, Kini & Masa Depan

Kisah Lalu,

Sukar dilupakan dan mengambil masa yang agak lama untuk dilupakan dan boleh juga tidak akan dilupakan oleh seseorang. Mengapa? Mungkin fikiran yang sentiasa berfikir membuatkan kita sentiasa ingat apa yang pernah terjadi. Barangkali untuk memberi peringatan kepada kita. Aku tidak pernah lupa akan perkara yang pernah terjadi pada aku. Walaupun aku cuba untuk melupakannya, ia sentiasa bermain di fikiran. Semakin aku cuba untuk lupakan, semakin mendalam cerita itu berbalik. Sudahnya, biarkan saja di panah masa dan usia. Kematangan hidup membuatkan aku sentiasa berfikir untuk menjadi yang terbaik dalam hidup. Untuk tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Banyak perkara yang terjadi dulu sehingga membuatkan aku terasa adakah aku yang paling malang di dunia ini. Sedangkan aku tahu ada yang lebih malang dari aku.

Kisah Kini,

Kini, bercinta dengan insan yang bernama Mohd Hafiz B. Wan Ismail banyak mengajar aku tentang hidup. Mengapa? Kerana prinsip hidupnya, kecil, simple tetapi bermakna. Tidak suka bermegah dengan apa yang ada. Biar orang pandang kita begini, sedangkan hanya kita yang tahu bagaimana hidup kita. Jangan ada prinsip biar pape asal bergaya. Itu bukan kami. Dia sentiasa mengingatkan aku. Berusaha untuk mendapatkan sesuatu dari hasil usaha sendiri. Itulah pendorong yang sebenar untuk buktikan kepuasan hati. Bila kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu, kita akan merasa puas, yakin pada diri kita dan tidak bergantung pada orang lain. Peristiwa yang kita dijangka berlaku ketika ini, kadang-kadang membuatkan aku seperti bermimpi, namun aku tahu ianya adalah realiti sebenar. Jatuh bangun hidup adalah lumrah dunia bukan. Kini, pengalaman menjadikan aku dan tunang menjadi lebih matang, tabah hadapi segala dugaan dan rintangan. Bukan mudah menjadi yang terbaik dalam hidup ini sendiri. Apatah lagi menjadi contoh atau ikutan.

Kisah Masa Depan,

Menjadi yang terbaik dan sentiasa berfikiran matang. Menjadikan hidup ini umpama sebiji roda yang sentiasa berputar. Membina kehidupan bersama insan yang tersayang. Bersama mengejar impian, membina kehidupan sendiri. Tujuan masa depan aku kini adalah menuju gerbang perkahwinan bersama tunang aku. Masih lagi ditahap perbincangan dan mengumpul harta selain mencari kerjaya yang sebenar demi memperkukuhkan ekonomi bersama. Tidak mahu tergesa-gesa dalam perkahwinan. Aku sentiasa mengingati dan menjadikan apa yang berada disekelilingku sebagai panduan. Masa depan yang masih kabur membuatkan aku takut untuk meneruskan kehidupan ini. Tidak seperti tunang aku yang sudah punyai kerjaya yang boleh dikatakan terbaik. Aku masih mencari, menebuk peluang yang ada. Aku masih teruskan perjuangan ini. Buat masa ini aku akan terus bekerja disini sehingga aku berkahwin walaupun aku tidak enjoy bekerja disini. Itu yang tunang aku pinta, mungkin die tidak mahu aku bersusah payah mencari kerja lain lagi kerana bila sudah berkahwin aku akan mengikutnya dan perlu bekerja di tempat lain juga. Terbaik buat kita. Aku mengharapkan jodohku bersama tunang dicepatkan dan rezeki kami dimurahkan.

Lavendar: Semoga Allah mendengar rintihan hati aku yang meminta aku ditemukan jodoh dengan Mohd Hafiz B Wan Ismail.

0 comments: