Kata Alu - Aluan

Wednesday, May 13, 2009

Bila tengok blog orang lain....

Bila mata dah melilau tengok blog orang yang cantik, rase jeolous plak. ahaks! masing2 ade cara nak meng'update' blog masing2 kan. Blog aku ni macamane yer? Suke ke orang tengok? Apapun blog ini cuma menjadi tempat luahan dan berkongsi rasa saja dengan korang. Maklumlah, tunang jauh di seberang lautan tapi bukan kat Indon tau, still lagi dalam Malaysia. hehehe. Ops! Stop! Bukan itu yang nak aku utarakan. Bila aku tengok blog orang lain yang jauh lebih baik, terasa nak buat macam tu, tapi aku tak tahu nak buat. Biaselah budak baru belajar buat blog. hehehe. Rajin tengok orang update blog kan. Best jugak kalau kat rumah pasang internet, leh hari2 update blog. tapi memikirkan nak bayar bulanan tu malas plak. Tanggungan dah banyak ni, sudahnya kat office sajalah harapan meninjau2 blog ini. hahaha....

Nak jadi pengapit? Boleh ker?

Pengapit? Jadi pengapit kepada kawan baik yang dianggap baik? Apa pendapat korang? Best friend time sekolah tetapi selepas habis sekolah masing2 membawa haluan. Dengan itu, layak ke menjadi pengapitnya?

Bergerak atau di sini saja??

Attend interview? New job? Think it!
Nak cari keje baru lagi ker? Keje ni pun belum diisytiharkan comfirm lagi. Semalam dapat call dari 1 company untuk interview. Kat Sg Buluh tapi tempatnya pun aku tidak tahu, so bagaimana? Position bagus jugak, admin assistant. Basic salary belum tanya lagi. Aku pun masih keliru lagi, sama ada nak pergi atau tidak. Dah banyak dapat interview tapi perginya tidak. Hai....apalah kau ni.. peluang dah ada, tapi tak ambil.
Nak bergerak atau just stay kat company ni?? Confuse2!! Risiko kena ambil, yang penting gaji leh demand. Kalau sama je kat sini, lebih baik stay saja kan. Bagaimana dengan benefit? Ada ke? Cuti pula bagaimana? Huh! banyak yang kena fikir. Nak cari kerja yang only 5 days working bukan senang. Dulu dah elok2 keje 5 ari, resign hanya disebabkan mendapat tawaran gaji yang lebih baik. Sudahnya aku disini, only 1 malay! Annual leave after 1 year services! Public holidays just 10 days! Think it!
Just for now, think for the best. Let's go, please advice me!! I really2 don't know how to make decision!!

Tuesday, May 12, 2009

Usaha mengedit picture dengan jayanya tanpa bantuan orang lain



before

after



before

after

before

after

Masih ada lagi picture yang telah dieditkan hasil usaha aku, tapi taknak tunjuk semua. hehehe.. Itu saja yang sempat di upload kan. Best jugak edit pict ni. Tanpa bantuan orang lain, akhirnya aku berjaya explore picasa yang telah lama aku download dari internet. Suksess!!

Monday, May 11, 2009

Jangan Kau Lepas.....

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Detik itu Hanya Bersama Kamu!!



2009 merupakan tahun kedua kita membina cinta yang utuh, memupuk perasaan rindu yang kian mendalam, menyemai kasih yang agar berpanjangan. Tahun yang begitu mencabar akal dan hati kita. Biarpun tahun ini dianggap sukar, namun hampir setengah tahun sudah kita laluinya.

Semoga 2009 membawa seribu kenangan dan pengertian dalam hidup kita......


2 Days Holiday.....

2 hari cuti yang membosankan badan, otak dan mata aku. hahaha. Dah lama tak cuti sebegini, 2 hari berderat2. Maklumlah hari sabtu pun keje jugak. Nak tahu apa aktiviti kali ini? Tanpa dating, tanpa b di sisi keje aku hanyalah di rumah, jika keluar pun hanya dengan family.. Ikuti perjalanan cuti aku kali ini.....

Sabtu
8.30 a.m
Bangun pagi, itupun setelah dikejut oleh mak, kalau tidak masih lena diulit mimpi di kamar beradu.

9.30 a.m
Patutlah aku dikejutkan, mak suruh g repair kereta aku yang memang cari pasal time baru gaji ini. hahaha. So, bergeraklah aku selaku driver kepada mak hari ini. Sampai kat Meru, cari kedai aksesori. Apa ke malang sangat pagi2 ni, semua kedai belum buka lagi. Dalam fikiran mungkin cuti sempena Wesak Day. So, ronda2 lah mencari kedai. Luckly, ada 1 kedai buka. Rezeki cina tu arini. Tanya2 apa yang rosak, rupaya volume radio yang rosak. Hai radio... buat hal pulak ko kan. Actually, sudah 2 minggu radio aku rosak, last2 dalam kereta sambil drive aku yang jadi radio. Tanya punye tanya ka apek tu, sudahnya tukar lah radio baru. Nak tahu bepe harganye?? RM320. Mahal jugak tapi sebab nak brand and tahan lame beli jugaklah. Siap ada mp3 & remote control lagi. Canggih tak radio baru aku? Terlupa nak amik pict la. Ha.. lagi 1 problem kereta aku ni,lepas tukar minyak hitam kat 1 kedai ni, minyak asyik kuar je. Tak tahulah kenapa pulak, so tanyelah apek tu lagi apa problem. Sudahnya tank minyak hitam tu atas bawah bocor! Teruk kan kereta. Nak ganti pun amik masa setengah hari. Disebabkan kesuntukan masa, tak jadi repair hari ini. Just tukar radio saja.

11.30 a.m
Selesai pasang radio, mak ajak g Sanyung kat Klang. Ini adalah kedai jualan langsung, jualan melalui catalog. Nak barang kena order dulu. Yang bestnye, dealer dapat best price. Last2 aku sangkut dengan gelang kristal yang berwarna dark purple. Terlupa nak amik pict lagi.. maaf ya!

12.00p p.m
Kali ini destinasi ke Salun Kecantikan. Mak nak beli barang. Aku pun pergilah tinjau2 kedai baju kat bawah, sementara mak ke salun. Hai.. sangkut lagi aku. Kali ini dengan baju berwarna pink pula. Memang sweet cox ade reben! Harganya cuma rm23.90 saja. Duit tengah paras hidung pun aku leh shopping lagi. Dasyat2..

12.30 p.m
Makan time. Dah tengahari, so makan kat luar saja. Konon2 plan nak masak tomyam kat umah, sudahnya nasi goreng ayam menjadi menu tengahari aku. Boleh tahan jugak rasenya. Dah kenyang, terus pulang ke rumah.....

2.00 p.m
Tido time. hahaha. cuti kalau x tido memang tak sah.

5.30 p.m
So bored! Ape yang aku buat? Menyapu sampah di luar rumah. Aura apa yang datang ntah membuatkan aku menjadi seorang yang rajin. Sudahnya, 1 laman bersih! Sukses!

8.00 p.m
Makan kat Jeram. Ala2 muara gitu. Mak ai, macam g mana je makan kat situ. Ramainya umat manusia. Mengalahkan hotel sudah. Nak kata makannya sedap sangat tidaklah jugak. Dahlah tunggu lame. hampir 1 jam. And makananya semua dah sejuk. Cukup tidak membuka selera aku. Apa menunya? kerang bakar, sotong bakar, kerapu masak masam manis, siakap stim, tomyam seafood, udang goreng tepung, kailan ikan masin dan others. Tapi semuanya sampai 1 1, so... bayangkanlah........

Abis 1 hari dengan aktiviti itu semua...

Ahad,
Tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan tengok tv, makan and tido.......

Begitulah aktiviti cuti aku pada kali ini. Nak date, orang tersayang berada diseberang lautan, sudahnya date di hp saja........