Kata Alu - Aluan

Wednesday, September 02, 2009

Soal Hati

Hati terdetik untuk update blog ini. Maaf agak lama menyepi. Bukan tiada berita gembira atau sebaliknya. Namun, hati kadangkala rasa tidak gembira. Dengan itu, hati menyatakan hasrat untuk memaparkan slogan 'semalam adalah sejarah, hari ini adalah realiti dan esok adalah impian'. Setiap hari aku sentiasa berdoa agar hari2 aku berlalu dengan lebih sempurna dari semalam.

Entah kenapa beberapa malam ini, aku asyik termimpi ex-bf aku. Nauzibillah. Mintak dijauhkan lelaki durjana itu. Mengapa? Biar aku saja yang tahu puncanya. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu agar Kau jauhkan aku dari lelaki ini. Jangan biarkan dia menganggu kebahagiaan yang aku kecapi kini.

Otak selalu terkenang masa silam. Zaman yang pernah dilalui. Terlalu banyak kesilapan. Dan ia mengajar untuk aku jadi lebih tabah. Dan aku juga bersyukur ditemukan dengan tunang tercinta. Dialah yang lebih banyak mengajar aku tentang erti kehidupan, erti kesusahan dalam mengejar impian. Kini, kesusahan itu menjadikan aku lebih kuat dan tabah.

Kini aku telah bertemu dengan insan yang benar2 memahami diri ini. Setelah banyak persinggahan yang telah terhinggap dalam hati ini. Mohd Hafiz insan yang berjaya menakluk hati ini, biarpun hati ini telah tercalar kerana cinta2 sebelumnya (banyak sangatkah cinta lama aku??). Think it!

Hari berganti hari, masa telah berubah. Apa yang pernah terjadi pada aku dulu telah pun termasuk dalam lipatan sejarah yang tidak mungkin aku selak kembali kehidupan itu. Tidak mungkin aku mahu kehidupan itu kembali. Biar masa berubah macamana pun aku tetap tidak mahu. Ya Tuhan, kenapa jalan hidupku sebegini? Aku tidak sesekali menyalahkan takdir itu. Aku tahu tiada jalan yang sentiasa lurus. Pasti ada cabang2nya.

Maaf entry aku kali ini banyak berkisar soal hati. Tidak pernah aku kesal pada kehidupan. Cuma aku mahu kehidupan yang lebih bermakna. Aku mahu perbaiki kehidupan aku untuk menjadi seorang yang lebih berdisplin.

Sekian sudah tamat bicara aku kali ini.

3 comments:

Fatin Cullen. said...

kehidupan tak selalunya indah.. kehidupan tak selalunya tenang.. kadangkala badai ombak akan datang jua.. namun, kita sebagai hamba Allah harus mengharunginya dengan tenang dan penuh tawakal. dengan itu, kita adalah insan yang disayangi disisiNYA.. insyALLAH..

Frieda said...

hi izah..lama x dgr cte..ptt la..senyap jer..bz wat kursus ekk..ezah, nk nk hp coz da ilang la..hehee..hope soon as posibble..

Frieda said...

sory..slah taip la...ida nk no hp..