Aku relakan perjalanan hidup aku seperti kerna aku tahu bahagia akan datang jua nanti cuma belum tiba masanya saja. Kadang2 aku terlalu memikirkan tentang masa depan kita. Aku sedar perjalanan cinta kita masih terlalu jauh. Dan sebab itu, aku sering emosi terhadap dirimu, kadang2 aku takut kau akan meninggalkanku sedangkan aku terlalu memerlukanmu. Aku tahu kau adalah pencinta yang setia, setiap apa yang kau janjikan kau akan kotakan. Tidak seperti aku, kadang2 hanya bisa berjanji namun terlalu sukar untuk mengotakan janji itu. Sungguh, aku banyak menyakitimu sepanjang hubungan kita. Sayang! Maafkanlah diriku. Dirimu terlalu banyak berkorban untuk aku, sedangkan aku? Aku sendiri masih tertanya2, apakah pengorbanan yang aku buat untuk kau.
Memikirkan impian kita, sebuah perkahwinan kadang2 membuatkan aku takut. Mampukah aku menjadi yang terbaik dalam hidupmu. Aku tahu banyak perkara yang kita perlu lakukan selepas kawin. Jika kau tidak dapat tukar ke Semenanjung, aku akan mengikutmu ke Sarawak. Aku pasti akan mengikutmu ke mana saja kau pergi. Kerna ku tahu itu adalah tanggungjawabku. Aku tahu kini kau adalah harapan keluarga, yang hanya mengharapkanmu. Namun, mampukah aku memahami dirimu? Aku cuba dari saat ini, untuk tidak terlalu mengharapkanmu, untuk tidak menyusahkan dirimu. Aku lebih rela mendapatkan apa saja yang aku mahu dari usahaku sendiri. Aku tahu aku tidak boleh mengharapkan dirimu saja.
Aku kini lebih mengerti, hidup ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Hidup ini sentiasa memerlukan teman.
Lavendar : Hanya kau yang mampu membuatkan aku bahagia. Aku sentiasa mencintaimu walaupun dirimu berada jauh dariku.
Kata Alu - Aluan
Tuesday, May 05, 2009
Luahan Hati Mengikut Rasa
Life By Faeza at 8:44 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment