Kata Alu - Aluan

Wednesday, September 02, 2009

Soal Hati

Hati terdetik untuk update blog ini. Maaf agak lama menyepi. Bukan tiada berita gembira atau sebaliknya. Namun, hati kadangkala rasa tidak gembira. Dengan itu, hati menyatakan hasrat untuk memaparkan slogan 'semalam adalah sejarah, hari ini adalah realiti dan esok adalah impian'. Setiap hari aku sentiasa berdoa agar hari2 aku berlalu dengan lebih sempurna dari semalam.

Entah kenapa beberapa malam ini, aku asyik termimpi ex-bf aku. Nauzibillah. Mintak dijauhkan lelaki durjana itu. Mengapa? Biar aku saja yang tahu puncanya. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu agar Kau jauhkan aku dari lelaki ini. Jangan biarkan dia menganggu kebahagiaan yang aku kecapi kini.

Otak selalu terkenang masa silam. Zaman yang pernah dilalui. Terlalu banyak kesilapan. Dan ia mengajar untuk aku jadi lebih tabah. Dan aku juga bersyukur ditemukan dengan tunang tercinta. Dialah yang lebih banyak mengajar aku tentang erti kehidupan, erti kesusahan dalam mengejar impian. Kini, kesusahan itu menjadikan aku lebih kuat dan tabah.

Kini aku telah bertemu dengan insan yang benar2 memahami diri ini. Setelah banyak persinggahan yang telah terhinggap dalam hati ini. Mohd Hafiz insan yang berjaya menakluk hati ini, biarpun hati ini telah tercalar kerana cinta2 sebelumnya (banyak sangatkah cinta lama aku??). Think it!

Hari berganti hari, masa telah berubah. Apa yang pernah terjadi pada aku dulu telah pun termasuk dalam lipatan sejarah yang tidak mungkin aku selak kembali kehidupan itu. Tidak mungkin aku mahu kehidupan itu kembali. Biar masa berubah macamana pun aku tetap tidak mahu. Ya Tuhan, kenapa jalan hidupku sebegini? Aku tidak sesekali menyalahkan takdir itu. Aku tahu tiada jalan yang sentiasa lurus. Pasti ada cabang2nya.

Maaf entry aku kali ini banyak berkisar soal hati. Tidak pernah aku kesal pada kehidupan. Cuma aku mahu kehidupan yang lebih bermakna. Aku mahu perbaiki kehidupan aku untuk menjadi seorang yang lebih berdisplin.

Sekian sudah tamat bicara aku kali ini.

Saturday, August 29, 2009

Lamanya tidak update blog di sini...

Lamanya tidak update blog. Sudah bersawang agaknya. hehehe. Jangan ada sarang labah2 sudah. Bukan kesibukan menjadi punca aku sudah lama tidak update blog ini, tetapi aku ada lagi satu blog. Konon2nya blog ini dicipta untuk perjalanan aku menuju perkahwinan dan blog ini untuk bercerita tentang soal kehidupan. Tapi malangnya blog itu sudah pun bercampur aduk. Motif telah bertukar. Aduhai.....

Kalau rajin silalah melawat http://fizzahwedding.blogspot.com . Pemilik blog yang sama. Jangan ada yang marah. hehehe..

Okeyla....dah lama tidak update blog kat sini, so aku dah tidak tahu isi apa yang hendak aku masukkan. Harapnya ada story barula ye... wassalam.

Saturday, May 30, 2009

Bila kita mula rasa kebencian ada dalam diri kite..

Benci? Aku benci kat sape? Aku benci pada kehidupan aku sekarang. Ah! jahatnya aku kerna tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah berikan pada aku. Ya Allah, Kau ampunkan segala dosa-dosaku. Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku rase sedih, down, rasa nak menangis je kejenye, apa yang aku buat everything rase tak kena. Adakah ini tanda2 berakhirnya hidup aku?

Aku masih fikirkan kehidupan aku selepas ini. Mampukah aku berdiri dengan kakiku ini sendiri sedangkan selama ini aku lebih berpaut kepada orang lain? Actually, aku seperti tiada perasaan sebenarnya. Mengapa aku biarkan hati yang sakit ini tenggelam begitu saja? Sebab itulah kebencian mula menular dalam diri aku. Aku kadang2 benci dengan sikap aku sendiri. Aku sedar tidak semua orang mampu ikut kehendak dan kemahuan aku. Dan aku juga bukan seorang yang meminta2 pada orang lain melainkan terpaksa.

Salahkah aku bila bertanya? Salahkah aku jika aku mengambil berat tentangnya? Salahkah aku memikirkannya? Aku terlalu memikirkan dia, tapi dia hanya tahu menuduhku yang bukan2. Aku seperti sudah tidak sanggup lagi melayan kerenahnya, kata2 nya walaupun sekadar peringatan aku seperti sudah muak. Sudah hilangkah keyakinannya pada aku? Jujur seperti mana lagi yang dia mahukah? Apakah dimatanya hanya aku saja yang melakukan kesilapan? Mengapa perlu aku saja yang dipersalahkan? Mengapa mesti setiap pergaduhan dia ungkit kesilapan aku dulu? Aku benci! benci!
Selama ini mana aku pergi, apa aku lakukan aku fikirkan dia. Setiap keputusan yang aku buat, aku tak fikirkan diri aku tapi dia. Mengapa dia tidak menghargainya? Aku tidak mahukan balasan, cuma secebis penghargaan agar hati ini bahagia seperti mana kita bercinta dulu. Adakah ini dugaan buat kita? Aku sering menganggap apa yang terjai dalam hubungan kita adalah 1 dugaan. Dan aku akan cuba hadapi dengan penuh senyuman walaupun hati hancur berkecai kerna aku pasti semua yang terjadi telah ditetapkan dan ia tidak bisa berubah.
Aku harapkan kebencian sekarang yang sedang menular yang diri ini akan padam dengan tiba2 dan perasaan cinta aku terhadap dia semakin membara seperti mana cinta Shah Jehan kepada Mumtaz nya.

Wednesday, May 20, 2009

Chocolate from London






Coklat ni sangat sedap tak terkata.......

Friday, May 15, 2009

Bila aku dah giler meng'edit' gambar...

Entah kenapa dari minggu lepas aku asyik meng'edit' pict je. Best je rasanye. Inilah hasil2 kerja meng'edit' aku. Siapa nak buat, tempahan masih dibuka. hahaha. Ilmu masih tahap rendah, ada hati nak buat business. Tak layak sungguh! (perasan plak nak jadi juruedit). Aku menggunakan khidmat picasa sepenuhnya.






Sila berikan komen anda dengan hasil edit saya ini. Adakah saya berbakat atau tidak.

Thursday, May 14, 2009

Ke'busy'an yang melampau!!

15 May 2009, genap 3 bulan aku berada di Julik Engineering Sdn Bhd. Dan 3 bulan juga aku sudah meninggalkan Yung Kong Galvanising Industries Berhad. Rindunya pada suasana kerja lama, rindu pada kawan-kawan office. Miss so much. Tidak seperti di sini, hanya aku keseorangan melayu, no friend, only msn with ayu all the time. Sometimes, msn with eida and roy.
Bila berada di sini, kadang-kadang aku merasakan keputusan yang aku buat dengan berhenti di tempat lama adalah 1 kesilapan yang besar. Mengapa? Baru aku berfikir, gaji yang banyak, tidak semestinya kita enjoy dalam melakukan sesuatu kerja. Persekitaran kerja itu amat penting. Berhadapan dengan orang sekeliling yang bukannya bangsa kita bukanlah mudah. Lagi-lagi bebanan kerja yang bertimbun.
Kerja sekarang terlalu berbeza dengan kerja dulu. Bayangkan only 2 person yang handle kerja office. Dengan cleaner yang tiada. Oh... terpaksa dengan rela aku melakukan semua itu. Disini, lebih banyak yang aku belajar dan berdikari. Tidak bergantung kepada orang lain. Aku akan belajar untuk menyukai kerja ini.
Ke'busy'an yang melampau kadangkala membuatkan aku terlalu penat dan stress, terasa mahu cepat saja hari cuti. Namun, masih banyak lagi yang mahu aku pelajari di sini. Mana tahu suatu hari nanti aku akan membuka 1 company kan. Sekurang-kurangnya, sudah ada pengalaman nak manage. Doakan lah ye, aku boleh setup 1 company. hehehe. amin. Memang aku punyai cita-cita nak jadi ahli perniagaan dari dulu, cuma belum masa lagi untuk aku ceburi bidang ini.

Sambungan ' 2 Days Holiday'

Radio baru - sony RM320


Gelang kristal - dark purple rm10
Inilah benda yang berjaya menghabiskan duit dalam masa 1 jam. Ada 1 lagi, tp taknak amik pict. hehehe..